9 Tips Pakaian Muslimah Sewaktu Bercuti/Travel
Siapa kata bila bertudung kita tak boleh bergaya bila bercuti atau dalam English kita panggil Travel…sekarang macam-macam fesyen hijabista Mama tengok. Kadang tak terikut tapi macam mana kita nak ikut trend dalam masa sama masih mengekalkan imej sebagai wanita muslimah? Haa kat sini Mama nak kongsi dengan anda semua 9 tips untuk bergaya sewaktu bercuti tetapi masih mengekalkan nilai muslimah di dalam pemakaian.
1. Hijab ringkas
Apabila travel adalah amat disarankan untuk para muslimah mengenakan hijab yang ringkas memandangkan jadual perjalanan dan aktiviti yang mungkin agak padat. Jadi tak kan anda nak buang masa percutian anda dengan hanya menghadap cermin lilit sana lilit sini..tengok jam dah pukul berapa dah..Jadi Mama sarankan elak menggayakan hijab yang rumit. Jimatkan masa, mudah bergerak dan selesa.
2. Kaca mata hitam
Apabila bercuti atau travel, kaca mata hitam merupakan salah satu aksesori kelengkapan yang penting bagi menambahkan gaya yang lebih elegen! Tetapi pemakaian kaca mata juga hendaklah bersesuaian dengan gaya hijab anda. Beberapa tips yang dapat diberikan adalah sekiranya anda mengenakan tudung instant, sebaiknya elakkan dari memakai kaca mata yang besar dan berbingkai hitam kerana akan mengakibatkan kepala anda kelihatran lebih besar berbanding kebiasaannya. Kemudian, penggunaan tudung bawal kebiasaanya adalah sesuai dengan kebanyakan bentuk kaca mata dan sekiranya anda menggunakan tudung lilit pula, ia boleh disesuaikan dengan kebanyakan kaca mata hitam kerana kain tudung boleh digayakn secara lebih longgar ataupun mengikut kesesuaian.
3. Pakaian longgar
Bagi memudahkan anda untuk bergerak dengan lebih bebas, adalah baik sekiranya anda tidak memakai pakaian yang ketat dan disarankan memakai pakaian yang longgar serta menyerap peluh agar percutian anda berjalan dengan lancar.
4. Pemilihan Blaus
Pemilihan blaus yang padan dan sesuai juga adalah merupakan salah satu aspek yang penting. Sebagai contoh, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam sekiranya anda melawat negara yang beriklim tropika dan panas kerana pakaian berwarna ini boleh menyerap haba. Sewajarnya, memakai pakaian yang dihasilkan dari bahan kapas selain mempunyai potongan yang longgar bagi memudahkan pergerakan anda.
5. Seluar yang sesuai
Apabila bercuti atau melancong, seluar merupakan antara pakaian yang terpenting dibawa. Kepelbagaian seluar mengikut keadaan dan kesesuaian sesuatu masa itu juga haruslah dititikberatkan. Antara seluar yang mesti dibawa adalah seluar jeans kerana ia dapat dipadankan dengan pelbagai jenis blause atau baju yang anda ingin gayakan. Selain itu, seluar yang berpotongan longgar seperti palazzo juga boleh dibawa bagi anda yang ingin bercuti kerana ia dapat memudahkan pergerakan anda disebabkan bukaan kaki yang cukup luas selain dapat memberikan keselesaan yang baik untuk anda.
6. Sweater
Sekiranya anda melawat ke negara sejuk, hendaklah dipastikan membawa sweater bersesuaian dengan keadaan cuaca kerana serba sedikit ia dapat membantu menghangatkan tubuh.
7. Maxi / Dress
Pakaian seperti maxi atau bahasa melayunya dikenali sebagai dress yang labuh juga merupakan salah satu pakaian sesuai dibawa ketika melancong. Selain daripada itu, kaftan juga elok dibawa ini adalah kerana bagi persediaan sekiranya terdapat sebarang acara atau majlis khususnya berdekatan pantai atau kolam renang kerana ia dapat menimbulkan imej professional disamping menyerlahkan kesantunan dan nilai feminin pada kaum wanita.
8. Pakaian renang
Apabila melancong atau bercuti adalah seeloknya untuk membawa sekali baju renang muslimah anda kerana sekiranya ada kelapangan masa di hotel atau tempat penginapan anda dapat bermandi manda sambil berehat berdekatan kolam lagi lagi sekiranya lokasi pelancongan anda berdekatan pantai, anda dapat meluangkan masa menikmati air laut. Bila lagi nak bermandi manda di tepian pantai kan!
9. Kasut
Pemilihan kasut adalah antara faktor penting dalam pemilihan pakaian ini kerana ia akan membawa anda ke tempat yang anda inginkan! Pilihlah kasut yang memiliki tapak rata sebagai contoh seperti kasut bersarung, atau boleh juga mengenakan sandal lebih-lebih lagi bagi individu yang kuat berjalan kerana ia dapat mengurangkan sakit kaki sewaktu anda melancong. Jika anda melawati negara yang beriklim sejuk, but adalah merupakan pilihan yang tepat untuk digayakan!
Walau apa pun pakaian yang anda pilih untuk dipakai dan digunakan ketika bercuti dan melancong, adalah menjadi keutamaan untuk anda menjaga aurat seorang muslimah. Siapa kata, tutup aurat tidak boleh bergaya? Bantahan sama sekali! Fesyen itu luas, jadi jangan ragu-ragu dan kekal konfiden dengan diri anda sebagai seorang muslimah. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda tips ketika bercuti dan melancong sama ada diluar negara mahupun di dalam negara. Jadi, dah sedia untuk bercuti, jom packing!
Sumber Info: MyBaju