~Baju dah bertimbun macam bukit. kalau dibiarkan lagi bukan jadi bukit lagi tapi boleh jadi gunung dah. Mama paham sangat kalau dah pakaian banyak macam tu memang malas la jawabnya kan haha. Dapat anak atau suami yang rajin tolong kita lipat baju memang OK sangat lah ye tak? Kalau sebaliknya?? Haaa...Jadi Mommies kat luar sana jangan risau. Meh sini Mama nak kongsi tips macam mana nak elak baju tu bertimbun.~
1. JANGAN BERTANGGUH, BASUH DAN TERUS SIDAI
Kebanyakan Mommies selalunya sumbat baju dalam mesin basuh, letak sabun, letak softener dan tinggalkan untuk pergi tengok TV, memasak atau apa saja.
Bila buat aktiviti lain, ia akan berpanjangan dan baju akan terbiar dalam mesin basuh setelah siap dicuci dan dibilas. Ini untuk mesin basuh automatik sepenuhnya. Bagi mesin basuh separa automatik, kena keringkan dahulu.
Jadikan habit, bila dengar bunyi tittt…. titt… tittt… dari mesin basuh yang menandakan kain baju siap dicuci, terus sidai. jangan tunggu-tunggu. Jangan pula tidur semasa tunggu baju siap dibasuh. Alamatnya baju-baju itu akan bertapa dalam mesin basuh selama 2-3 hari lagi.
2. TENGOK TV SAMBIL LIPAT
Sambil-sambil tengok TV, biarkan tangan berjalan. Letak bakul betul-betul depan mata dan ajak anak-anak lipat bersama.
Layankan sahaja anak tengok 611 di Astro. Cuma lepas lipat depan TV, jangan lupa angkat terus dan susun dalam almari. Kalau tidak, alamatnya baju-baju yang sudah dilipat itu akan terus berada depan TV sehingga habis dipakai.
3. SISTEM SEORANG SATU BAKUL
Kenapa kain baju berlonggok? Kalau mahu tahu, ia kerana semua baju dicampurkan sekali. Dalam bakul itulah baju suami, baju isteri dan baju anak-anak. Kalau terlalu malas sangat mahu lipat baju, tetapkan yang setiap seorang ada satu bakul. Contohnya begini:
Suami: 1 bakul
Isteri: 1 bakul
Anak pertama: 1 bakul
Anak kedua: 1 bakul
Anak seterusnya: 1 bakul
Pakaian dalam: 1 bakul
Melainkan jika tinggal bersama ibu-bapa, mertua atau adik ipar, sistem ini mungkin tidak boleh digunapakai.
4. TERUS LIPAT FABRIK BERSAIZ BESAR DAN TEBAL
Selepas basuh tuala, selimut dan seluar jeans, dan angkat dari ampaian setelah kering, kita mungkin akan campak dalam bakul. Bayangkan bila dalam bakul itu juga ada baju lain. Tentu sekali bakul tidak muat. Silap-silap, selimut dan comforter sahaja sudah makan ruang lebih 50%.
Amalkan terus lipat kain baju yang bersaiz besar.
5. ASINGKAN TERUS FABRIK KECIL
Antara benda-benda kecil ialah pakaian dalam dan stokin. Semasa angkat dari jemuran, terus masukkan dalam bakul yang tertentu. Kenapa kami katakan begini? Supaya anda tidak menggagau mencari pakaian dalam atau stokin tatkala sudah lambat untuk pergi kerja. Perkara kecil sebegini boleh buat hati jadi marah!
6. LIPAT BAJU CARA PANTAS
Kita diajar cara lipat kain dengan cara tradisional. Cuba adaptasi cara lipat kain pantas cara yang cuma mengambil masa beberapa saat. Tonton video di bawah ini untuk cara lipat kain dalam masa 5 saat.
7. GUNA BAKUL BAJU KOTOR YANG KECIL
Sengaja kami cadangkan agar guna bakul untuk baju kotor yang bersaiz kecil. Ini kerana, jika setiap hari main campak-campak baju, bakul itu akan cepat penuh. Secara psikologi, kita akan fikir, “Oh, dah penuh bakul laundry ni. Nak kena basuh dah ni”.
Bayangkan kalau bakul untuk baju kotor itu sebesar gajah. Tentu sekali anda akan terus dan terus mencampak baju kotor sehingga setinggi gajah juga.
8. SESEKALI GUNA MESIN DOBI LAYAN DIRI
Kredit Foto : Imtiyaz Laundry
Bukan hantar dobi yang kena tunggu seminggu baru boleh ambil. Sekarang ini, banyak kedai dobi layan diri yang tumbuh bak cendawan. Cuma sediakan duit sahaja. Jika mahu jimat, basuh di rumah dan keringkan di kedai dobi layan diri itu.
Kalau rasa tak malu atau tidak kisah berjumpa jiran tetangga kerana takut dicop malas, boleh terus lipat baju di dalam kedai dobi tersebut.
p/s: Ini cuma sekadar pandangan peribadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah baju bertimbun. Jika ada masa, boleh cuba tips-tips yang kami berikan ini. Kalau anda ada cara lipat kain yang lebih efektif, kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Selamat melipat kain baju! Salam Sayang Dari Puteri Mama :)
Sumber: Dhia Kamila
No comments:
Post a Comment