Wednesday, 11 April 2018

Tips Menggunakan Perkhidmatan Dobi Layan Diri dengan Optimum

Mencuci Pakaian di Dobi Layan Diri




Baru-baru ini, penduduk Selangor dikejutkan dengan berita gangguan bekalan air menyeluruh oleh SYABAS sehingga hampir seminggu ! Ini adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada proses baikpulih dan kerja-kerja naiktaraf tangki-tangki utama bekalan air Selangor. Para surirumah terutamanya mula mengeluh kerana pening melihat pakaian kotor yang menimbun terutama pakaian sekolah anak-anak.
Jadi apa solusinya ? Dobi Layan Diri 24 Jam !

Cuci di rumah, keringkan di luar

Satu kaedah yang ingin cadangkan adalah untuk kita membuat cucian di rumah, kemudian pergi ke dobi layan diri untuk menggunakan mesin pengering mereka. Sekiranya kita tidak mahu mengangkut pakaian yang basah selepas dibasuh, boleh terus membuat cucian di kedai dobi layan diri ini. Ikutkan pada musim hujan atau timbul masalah tiada bekalan air, dobi layan diri ini sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pelajar, surirumah, pekerja asing atau golongan bujang, yang membawa berbakul-bakul pakaian kotor untuk dicuci dan dikeringkan di dobi layan diri ini.
Kos untuk mengeringkan pakaian di kedai dobi layan diri ini amat berpatutan, harga dari RM4-6 untuk setiap sesi membolehkan kita mengeringkan pakaian yang telah dicuci dengan baik. Namun begitu, kita perlu mengamalkan beberapa tips penting sebelum menggunakan mesin pengering ini.

Elakkan baju berkedut selepas di masukkan dalam mesin pengering


Satu perkara yang dialami ketika mula-mula menggunakan mesin pengering adalah, baju berdekut seribu. Dan disebabkan kepanasan mesin pengering, memang agar sukar untuk mengembalikan kemasan baju tersebut kecuali menggunakan seterika.
Antara tips bagaimana untuk mengelakkan daripada baju berkedut. Langkah pertama sebelum memasukkan pakaian ke dalam mesin pengering, anda perlu kibas terlebih dahulu beberapa kali pakaian tersebut.
Ini akan menjadikan pakaian tersebut terlerai dari sebarang gumpalan akibat basuhan menggunakan mesin basuh terdahulu.
Seterusnya, susun agak pakaian kita itu seperti sudah dilipat, tetapi bukan lipatan kecil, tetapi lipatan besar yang akan membolehkan ianya mengering dengan baik.
Susun semua baju dan seluar yang ingin dikeringkan dengan kaedah ini, insyaALLAH pakaian anda akan kemas dan licin selepas selesai sesi pengeringan.
Langkah terakhir yang perlu kita ambil berat adalah untuk terus melipat pakaian kita sebelum memasukkan semula ke dalam bakul atau beg yang digunakan untuk membawa pakaian ke kedai dobi tersebut. Ini akan mengelakkan daripada pakaian kita berkedut kembali selepas ianya menyejuk. Itulah serba sedikit tips bagaimana menggunakan mesin pengering agar pakaian kita mendapat kemasan yang baik.
Sumber : www.eizil.com

NAK GI DOBI MESTI KENA ADA BEG LAUNDRY KAN. JOM BELI BEG LAUNDRY PUTERI MAMA YG PASTINYA BERBEZA DRPD PASARAN


1) Tahan lasak kerana mempunyai 3 lapisan berbeza
2) Muatan sehingga 10kg
3) Pemegang bagi memudahkan utk bawa ke mana-mana
4) Penutup berbentuk 'cap' utk memudahkan pakaian dimasukkan
5) Zip bagi kemasan sempurna

Ukuran:
Tinggi 52cm
Diameter 40cm
Isipadu 70L
PM di FB PUTERI MAMA atau Whatsapp kpd KLIK DISINI

Sunday, 8 April 2018

IDAMAN BAGI SETIAP ISTERI


“Baju tu renyuk terus jadi licin..Part butang dan manik pun lancar je menggosok. Memang mengancam... Pikir punya pikir..nak order jugak lah satu. 
Nak pulak sekarang ada keluaran TERBARU yang lagi TERBAIK. Teknologi Optimal Temperature yang sangat canggih, boleh iron apa-apa jenis kain, tak perlu adjust temperature! Lepas ni dah tiada alasan malas untuk gosok baju. Setakat baju seminggu untuk pergi kerja tu, sepantas kilat je siap. JIMAT MASA!
Hari raya ni wajib lah angkut seterika ni ke mana-mana, nak gosok baju memang senang + especially baju yang ada manik-manik bagai kan...sekali zap je dah siap, tak perlu risau manik tercabut ke apa. Apa tunggu lagi Mommies, PM Mama cepat utk dapatkan IRON PHILLIPS terbaru ni.






Berminat PM di page FB PUTERI MAMA atau Whatsapp KLIK SINI




Sunday, 1 April 2018

RESEPI APAM BALIK NOXXA

Foto: Koleksi Resepi Kuih Muih

Bahan-bahan:
310 ml air
150gm tepung gandum
50gm tepung roti
25gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda
2 sudu butter
1 biji telur
2 sudu creamer atau susu segar
50gm gula

Cara-caranya:
Blend semua bahan.
Masukkan anggaran dua senduk tepung dalam periuk.
Tabur kacang, gula dan jagung.
Masak guna fungsi stir fry

Sumber: Modern Mum’s Thingy

Ingin mencari beg yang bergaya dan cantik untuk Periuk Noxxa kesayangan anda? PM Whatsapp http://saya.nak.la/60162575339/