Mencuci Pakaian di Dobi Layan Diri
Baru-baru ini, penduduk Selangor dikejutkan dengan berita gangguan bekalan air menyeluruh oleh SYABAS sehingga hampir seminggu ! Ini adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada proses baikpulih dan kerja-kerja naiktaraf tangki-tangki utama bekalan air Selangor. Para surirumah terutamanya mula mengeluh kerana pening melihat pakaian kotor yang menimbun terutama pakaian sekolah anak-anak.
Jadi apa solusinya ? Dobi Layan Diri 24 Jam !
Cuci di rumah, keringkan di luar
Cuci di rumah, keringkan di luar
Satu kaedah yang ingin cadangkan adalah untuk kita membuat cucian di rumah, kemudian pergi ke dobi layan diri untuk menggunakan mesin pengering mereka. Sekiranya kita tidak mahu mengangkut pakaian yang basah selepas dibasuh, boleh terus membuat cucian di kedai dobi layan diri ini. Ikutkan pada musim hujan atau timbul masalah tiada bekalan air, dobi layan diri ini sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pelajar, surirumah, pekerja asing atau golongan bujang, yang membawa berbakul-bakul pakaian kotor untuk dicuci dan dikeringkan di dobi layan diri ini.
Kos untuk mengeringkan pakaian di kedai dobi layan diri ini amat berpatutan, harga dari RM4-6 untuk setiap sesi membolehkan kita mengeringkan pakaian yang telah dicuci dengan baik. Namun begitu, kita perlu mengamalkan beberapa tips penting sebelum menggunakan mesin pengering ini.
Elakkan baju berkedut selepas di masukkan dalam mesin pengering
Elakkan baju berkedut selepas di masukkan dalam mesin pengering
Satu perkara yang dialami ketika mula-mula menggunakan mesin pengering adalah, baju berdekut seribu. Dan disebabkan kepanasan mesin pengering, memang agar sukar untuk mengembalikan kemasan baju tersebut kecuali menggunakan seterika.
Antara tips bagaimana untuk mengelakkan daripada baju berkedut. Langkah pertama sebelum memasukkan pakaian ke dalam mesin pengering, anda perlu kibas terlebih dahulu beberapa kali pakaian tersebut.
Ini akan menjadikan pakaian tersebut terlerai dari sebarang gumpalan akibat basuhan menggunakan mesin basuh terdahulu.
Seterusnya, susun agak pakaian kita itu seperti sudah dilipat, tetapi bukan lipatan kecil, tetapi lipatan besar yang akan membolehkan ianya mengering dengan baik.
Susun semua baju dan seluar yang ingin dikeringkan dengan kaedah ini, insyaALLAH pakaian anda akan kemas dan licin selepas selesai sesi pengeringan.
Sumber : www.eizil.com
NAK GI DOBI MESTI KENA ADA BEG LAUNDRY KAN. JOM BELI BEG LAUNDRY PUTERI MAMA YG PASTINYA BERBEZA DRPD PASARAN

1) Tahan lasak kerana mempunyai 3 lapisan berbeza
2) Muatan sehingga 10kg
3) Pemegang bagi memudahkan utk bawa ke mana-mana
4) Penutup berbentuk 'cap' utk memudahkan pakaian dimasukkan
5) Zip bagi kemasan sempurna
Ukuran:
Tinggi 52cm
Diameter 40cm
Isipadu 70L
NAK GI DOBI MESTI KENA ADA BEG LAUNDRY KAN. JOM BELI BEG LAUNDRY PUTERI MAMA YG PASTINYA BERBEZA DRPD PASARAN

1) Tahan lasak kerana mempunyai 3 lapisan berbeza
2) Muatan sehingga 10kg
3) Pemegang bagi memudahkan utk bawa ke mana-mana
4) Penutup berbentuk 'cap' utk memudahkan pakaian dimasukkan
5) Zip bagi kemasan sempurna
Ukuran:
Tinggi 52cm
Diameter 40cm
Isipadu 70L
PM di FB PUTERI MAMA atau Whatsapp kpd KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment