Tuesday, 27 March 2018

WOW Dengan Periuk Noxxa Pun Boleh Buat Popcorn

haa sekarang mommies dah boleh buatkan popcorn utk anak2..snek yg bagus dibandingkan dengan gula2 atau jajan kat luar sana. mommies pun boleh kunyah sambil tengok tv tu kan huhu..senang je..dengan noxxa nak masak apa pun boleh :)


HOMEMADE POPCORN NOXXA

Bahan-bahan:
1. Marjerin
2. Biji Jagung pop corn
3. Madu manuka
Cara-cara:
1. Panaskan pressure cooker dgn menekan button ‘stir fry’ (ingat periuk jgn ditutup)
2. Cairkan 2 sudu besar marjerin.
3. Marjerin dah betul cair masukkan biji jagung pop corn. Byknya bergantung pada marjerin yg dicairkan tu. Biar semua biji jagung tu di seliputi marjerin.
4. Offkan pressure cooker (langkah ini kena buat x blh miss)
5. Tutup periuk. (Kena keluarkan angin panas baru blh tutup periuk)
6. Tekan button High Pressure dgn bacaan 1 minit dan on.
7. Akan dengar bunyi “pop” dlm periuk menandakan biji jagung tlh pecah. Kalau bunyi “pop” dh x de walau pun masa blm tamat off kan sahaja, utk mengelakkan biji jagung dari hangus.
8. Proses biasa sebelum buka penutup pressure cooker kena keluarkan angin panas dulu.
9. Tuang pop corn dlm bekas lain.
10. Panaskan semula periuk dgn button stir fry.(INGAT! jangan tutup periuk bila guna function stir fry)
11. Cairkan satu sudu besar marjerin.
12. Masukkan 3 sudu besar madu manuka.
13. Masukkan pop corn semula kedalam periuk dan kacau rata. Masa ni boleh offkan pressure cooker tp masih gaulkan pop corn supaya gulanya melekat pada pop corn.
14. Dah siap. Makanlah panas2…
Sumber: mamaqairis
P/S: Dah ada Periuk Noxxa mesti la kena ada begnya kan..PM Mama utk dapatkan Beg Noxxa yang berkualiti dan menawan :)


Monday, 19 March 2018

7 Petua Elak Warna Baju Luntur


Ini sangat penting. Pada setiap pakaian dan juga seluar, pasti sudah tertera label kecil yang harus anda baca dan perhatikan. Biasanya, di label ini anda akan dapat lihat simbol berserta petunjuknya. Ada yang tak boleh guna air panas, ada yang mudah luntur dan macam-macam lagi lah. Anda harus peka akan hal in setiap kali anda mahu mencuci.


Untuk pakaian dengan warna gelap seperti hitam, maroon dan coklat, Anda boleh menggabungkannya dalam satu cucian. Jangan sampai ada yang terselit ye, mana tahu stokin termasuk sekali ke kan huhu..


Selain teknik mencuci, teknik menjemur ternyata juga membawa kesan kepada warna pakaian. Menurut Housekeeping.com, hindari penjemuran yang terlalu lama. Selain akan membuat baju menjadi bau matahari, ia juga akan merosakkan kualiti dan warna pakaian.


Beberapa jenis pakaian yang terbuat dari bahan tertentu memang disarankan untuk dicuci menggunakan air panas atau air hangat. Tetapi, jika Anda ingin mempertahankan warnanya, sebaiknya gunakan air sejuk kerana warna pakaian akan diawet.


Ada beberapa produk bahan pencuci atau pelembut pakaian yang akan membuat warna pada pakaian tetap terjaga dan diawet. Jika menggunakan mesin basuh, pastikan Anda mengatur (setting) speed dan time dengan tepat, biasanya akan ada petunjuk tertentu pada detergent dan mesin basuh.



Memadatkan mesin basuh dengan pakaian memang dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu berulang kali mencuci. Tetapi ia adalah cara yang tidak bagus kerana memberi kesan buruk kepada hasil cucian. 


Ini adalah petua yang kerap diamalkan oleh para ibu dari zaman dahulu. Tetapi ternyata ianya benar dan terbukti. Lagi-lagi jika pakaian anda berwarna gelap, sebaiknya terbalikkan baju itu ketika menyidainya. Pastikan bahagian dalam baju berada di luar. Ini kerana warna gelap menyerap haba lebih banyak dan ini adalah punca warna pada baju cepat pudar.

Sumber info: Vemale.com

Sunday, 4 March 2018

9 Tips Berguna Penjagaan Kain Dari Pelbagai Masalah


~Aduhh habis rosak baju aku!! Macam mana nak hilangkan ni?? 
Nak buang sayang..baju cantik lagi..hmmm. 
Jangan risau Mama ada penyelesaiannya. Jom baca~


Sumber Gambar: Google


Mama faham ada pelbagai masalah yang biasa berlaku pada pakaian kita. Kadang tu terkena chewing gum la, terkena cat la, karat..macam-macam lah halnya. Kena pulak kat baju favourite kita, tak pun baju yang mahal ke kan. Mahu menangis Mommie huhu. Jadi di bawah ni Mama senaraikan 9 tips yang boleh anda cuba. Mana tahu berkesan kan.

Sumber Gambar: Google


Gula² Getah Melekat Pada Pakaian
  • Letakkan pakaian tadi dlm peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa & kalian akan dapati gula² getah mudah ditanggalkan dari pakaian. 

Pakaian Terkena Dakwat 
  • Bancuh sedikit susu dgn sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup & rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dlm bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh & bilas pakaian itu seperti biasa.
  • Titiskan air limau yg bercampur dgn garam pada tanda dakwat & gosok²lah dgn tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  • Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus & basuhlah seperti biasa. 

Pakaian Terkena Karat
  • Potong 2 biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
  • Sapukan sedikit kapur makan & biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa. 

Pakaian Terkena Cat
  • Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dgn air sabun, berus & bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
  • Sulaman drpd benang emas amat sukar dibersihkan. Bagi mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan².

Memutihkan Kain
  • Kain putih yg lama disimpan akan menampakkan warna yg kusam & tidak berseri. Cara utk mengembalikan serinya ialah dgn cara:  Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu. Campurkan dgn air. Masukkan sabun & rendamkan kain tersebut semalaman. Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 
  • Titiskan beberapa titik minyak tanah & sapukan pada bahagian yg hitam. Gosok perlahan² supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dgn air sabun & bilas seperti biasa.  Basahkan kain & sapukan sabun mandi di tempat yg ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa & ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah
  • Gumpal beberapa helai kertas surat khabar & sumbatkan ke dlm kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
Itulah 9 tips yang bagi Mama agak berguna buat siapa saja di luar sana. Berkesan ke tidak Wallahualam tapi tak cuba mana kita tahu kan hehe. Ok selamat mencuba semua.

Sumber info: Herwana Herman