Ini sangat penting. Pada setiap pakaian dan juga seluar, pasti sudah tertera label kecil yang harus anda baca dan perhatikan. Biasanya, di label ini anda akan dapat lihat simbol berserta petunjuknya. Ada yang tak boleh guna air panas, ada yang mudah luntur dan macam-macam lagi lah. Anda harus peka akan hal in setiap kali anda mahu mencuci.
Untuk pakaian dengan warna gelap seperti hitam, maroon dan coklat, Anda boleh menggabungkannya dalam satu cucian. Jangan sampai ada yang terselit ye, mana tahu stokin termasuk sekali ke kan huhu..
Selain teknik mencuci, teknik menjemur ternyata juga membawa kesan kepada warna pakaian. Menurut Housekeeping.com, hindari penjemuran yang terlalu lama. Selain akan membuat baju menjadi bau matahari, ia juga akan merosakkan kualiti dan warna pakaian.
Beberapa jenis pakaian yang terbuat dari bahan tertentu memang disarankan untuk dicuci menggunakan air panas atau air hangat. Tetapi, jika Anda ingin mempertahankan warnanya, sebaiknya gunakan air sejuk kerana warna pakaian akan diawet.
Ada beberapa produk bahan pencuci atau pelembut pakaian yang akan membuat warna pada pakaian tetap terjaga dan diawet. Jika menggunakan mesin basuh, pastikan Anda mengatur (setting) speed dan time dengan tepat, biasanya akan ada petunjuk tertentu pada detergent dan mesin basuh.
Memadatkan mesin basuh dengan pakaian memang dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu berulang kali mencuci. Tetapi ia adalah cara yang tidak bagus kerana memberi kesan buruk kepada hasil cucian.
Ini adalah petua yang kerap diamalkan oleh para ibu dari zaman dahulu. Tetapi ternyata ianya benar dan terbukti. Lagi-lagi jika pakaian anda berwarna gelap, sebaiknya terbalikkan baju itu ketika menyidainya. Pastikan bahagian dalam baju berada di luar. Ini kerana warna gelap menyerap haba lebih banyak dan ini adalah punca warna pada baju cepat pudar.
Sumber info: Vemale.com
No comments:
Post a Comment