Sunday, 4 March 2018

9 Tips Berguna Penjagaan Kain Dari Pelbagai Masalah


~Aduhh habis rosak baju aku!! Macam mana nak hilangkan ni?? 
Nak buang sayang..baju cantik lagi..hmmm. 
Jangan risau Mama ada penyelesaiannya. Jom baca~


Sumber Gambar: Google


Mama faham ada pelbagai masalah yang biasa berlaku pada pakaian kita. Kadang tu terkena chewing gum la, terkena cat la, karat..macam-macam lah halnya. Kena pulak kat baju favourite kita, tak pun baju yang mahal ke kan. Mahu menangis Mommie huhu. Jadi di bawah ni Mama senaraikan 9 tips yang boleh anda cuba. Mana tahu berkesan kan.

Sumber Gambar: Google


Gula² Getah Melekat Pada Pakaian
  • Letakkan pakaian tadi dlm peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa & kalian akan dapati gula² getah mudah ditanggalkan dari pakaian. 

Pakaian Terkena Dakwat 
  • Bancuh sedikit susu dgn sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup & rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dlm bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh & bilas pakaian itu seperti biasa.
  • Titiskan air limau yg bercampur dgn garam pada tanda dakwat & gosok²lah dgn tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  • Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus & basuhlah seperti biasa. 

Pakaian Terkena Karat
  • Potong 2 biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
  • Sapukan sedikit kapur makan & biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa. 

Pakaian Terkena Cat
  • Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dgn air sabun, berus & bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
  • Sulaman drpd benang emas amat sukar dibersihkan. Bagi mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan².

Memutihkan Kain
  • Kain putih yg lama disimpan akan menampakkan warna yg kusam & tidak berseri. Cara utk mengembalikan serinya ialah dgn cara:  Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu. Campurkan dgn air. Masukkan sabun & rendamkan kain tersebut semalaman. Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 
  • Titiskan beberapa titik minyak tanah & sapukan pada bahagian yg hitam. Gosok perlahan² supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dgn air sabun & bilas seperti biasa.  Basahkan kain & sapukan sabun mandi di tempat yg ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa & ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah
  • Gumpal beberapa helai kertas surat khabar & sumbatkan ke dlm kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
Itulah 9 tips yang bagi Mama agak berguna buat siapa saja di luar sana. Berkesan ke tidak Wallahualam tapi tak cuba mana kita tahu kan hehe. Ok selamat mencuba semua.

Sumber info: Herwana Herman



No comments:

Post a Comment